BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR
Maksud kemahiran:
- Kecekapan dan kepandaian seseorang melakukan sesuatu
Maksud belajar:
- Proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemhiran melalui perubahan tindakan
Secara umumnya, maksud kemahiran belajar ialah kecekapan dan keupayaan seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui perubahan tindakan.
Setiap individu perlu menguasai kemahiran belajar kerana ia diperlukan untuk melalui fasa
kehidupan sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu memupuk
rasa tanggungjawab untuk mendidik anak-anak murid saya cara-cara belajar yang berkesan.
KEMAHIRAN BELAJAR ABAD KE-21
- Disebut sebagai 4C’s
Pembelajaran sepanjang hayat memerlukan kesemua kemahiran tersebut. Sekolah Bestari memerlukan kemahiran yang lain, iaitu seperti yang berikut:
a) Kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
b) Kemahiran memproses maklumat
c) Kemahiran menyampaikan maklumat
Strategi pembelajaran dan jenis pembelajaran adalah antara dua aspek yang penting dalam kemahiran belajar.
STRATEGI PEMBELAJARAN
- Rancangan yang diatur atau dipilih untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam sesi PdP di dalam atau di luar bilik darjah
- Terdapat 9 strategi pembelajaran yang telah diperkenalkan kepada para guru untuk membantu mereka mengajar di sekolah, iaitu:
Jenis pembelajaran pula diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. KPM dan
digunakan di sekolah:
digunakan di sekolah:
i. Pembelajaran berpusatkan pelajar
ii. Pembelajaran bersifat individu
iii. Pembelajaran berfikrah
iv. Pembelajaran berbantukan teknologi
v. Pembelajaran berasaskan otak
vi. Pembelajaran berasaskan projek
TUJUAN STRATEGI PEMBELAJARAN DAN JENIS PEMBELAJARAN:
- Supaya pelajar dapat belajar dalam kondisi dan teknik yang berbeza bagi meningkatkan
keupayaan memahami ilmu dan maklumat serta kemahiran yang telah disampaikan.
PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI
-Pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai tujuan pembelajaran
- Pembelajaran berpusatkan pelajar
- Pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri
sendiri dan membuat pemerhatian sendiri ke atas pembelajaran yang telah diperoleh
Model Winne dan Hadwin tentang self regulated learning
(www.ruby.tgcu.edu)
Tujuan pembelajaran regulasi sendiri:
-meningkatkat pencapain dalam akademik
-menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
-memberi penghargaan intrinstik
No comments:
Post a Comment