Kemahiran memproses maklumat merupakan kupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mantafsir bahan yang dibaca dan didengari.
-Tujuan : bahan berkenaan dapat digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.
Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul
Terdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis:
1. maklumat berbentuk kuantitatif
-berbentuk nombor yang dapat dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah iaitu
(a)jadual
(b)graf - graf lengkung, bar, pai, piktograf
2. maklumat berbentuk kualitatif
-berbentuk teks, lakaran, rajah, foto
Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan
i. Mentafsir Maklumat
- 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
-Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
-Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
ii. Membuat Kesimpulan
-Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
-Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut
kiraan yang telah dilakukan.
-Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana
tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
Menilai Maklumat
-2 perkara penting menilai maklumat iaitu :
1. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
-Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan.
2. menilai maklumat dalam penulisan.
-Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.
Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis
-Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca
mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
-Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang
berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
-Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
No comments:
Post a Comment