Definisi membaca:
proses berfikir yang melibatkan perkara tersurat, tersirat, menghubungkait idea, menyoal
dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam
situasi baharu.
Proses membaca terbahagi kepada 3 peringkat utama.
a) Sebelum membaca
-menetukan bahan yang akan dibaca
-menetukan cara bahan disusun
-menentukan perkara yang perlu diingati daripada bahan
-tujuan membaca
b) Semasa membaca
-mengenal pasti isi-isi penting
-mengenal pasti pola pemikiran penulis
-menghubungkan idea-idea
-meramal apa-apa yang akan berlaku
-menghubung idea penulis dengan idea yang ada
c) Semasa Membaca
-mengenal pasti tujuan penulis
-menganalisis teknik dan bahasa penulis
-menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
TEKNIK PEMBACAAN CEPAT
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
i. Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang
ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
i. Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau
dokumen
ii. Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN)
i. Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
ii. Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
iii. Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan
rumusan
iv. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
i. Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
i. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
ii. Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
iii. Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
i. Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
ii. Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang
dinyatakan
iii. memberi perhatian kepada rajah dan grafik yang ada
TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
· Untuk membuat analisis
· Supaya lebih faham
· Dapat menilai bahan bacaan
· Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
· Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan
TEKNIK SQ3R
· SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
· Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
S- SURVEY (MENGKAJI)
· Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
· Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
· Baca keterangan, carta dan grafik
· Baca rumusan
· Melihat bagaimana maklumat disampaikan
· Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q- QUESTION (MENYOAL)
· Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
· Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
· Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
· Bersoal jawab dengan rakan-rakan
· Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
3R- READ (MEMBACA)
· Baca perlahan pada petikan yang sukar
· Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
· Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
· Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
· Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
3R- RECITE (MENYEBUT)
· Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
· Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
· Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
3R- REVIEW (MENGULAS)
· Ulas semula maklumat yang dibaca
· Ulas soalan dan jawapan
· Buat ulasan nota
· Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
· Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
TEKNIK MEMBACA KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
· K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
· W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
· L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)
· H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
· Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
· Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
· Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
· Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
· Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh
(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
No comments:
Post a Comment