Saturday, September 24, 2016

BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Meliputi aspek berkaitan:
a) Penetapan matlamat diri dan akademik
b) Pengurusan masa
c) Mengenali gaya pembelajaran kendiri
d) Strategi meningkatkan ingatan
e) Perancangan jadual belajar

Tujuan: memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan proses pembelajaran sepanjang hayat khususnya pembelajaran di institut pengajian.
 a) penetapan matlamat diri dan akademik
-menggunakan panduan SMART

S- SPESIFIK: seseorang itu menetapkan satu matlamat yang spesifik dalam setiap perkara yang dibuat.
M-MEASURABLE: matlamat yang dibuat boleh dicapai dengan cara-cara yang dirancang serta dapat diukur
A-ATTAINTABLE: pencapaian yang realistik iaitu boleh dicapai oleh seseorang individu.
R-REALISTIC: matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses yang 
berperingkat
T-TIMELY: matlamat yang diketahui boleh dicapai jika usaha diteruskan secara berterusan.

KEPENTINGAN MENETAPKAN MATLAMAT
-fokus dalam melaksanakan segala tugasan
-tumpuan dalam peningkatan dalam peningkatan sahsiah
-usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan
-bertanggungjawab dengan matlamat yag telah dibuat 

b) pengurusan masa
Keupayaan seseorang mengurus masanya untuk mencapai kejayaan

Pengurusan masa mempunyai prinsip, latihan, kemahiran, alatan dan sistem yang digunakan untuk membantu menyelesaikan kerja yang ada demi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Antara cara pengurusan masa ialah membuat jadual mengikut kecepatan dan kepentingan
tugasan atau aktiviti berkenaan. Contoh:
masa
segera
Tidak segera
Penting 
-menyiapkan tutorial
-persediaan dalam peperiksaan
Tidak penting
-menjawab telefon
-menghadiri perhimpunan
-melayari facebook
-keluar dengan rakan

Tips yang telah diperkenalkan oleh Randel pada tahun 2010 untuk menguruskan masa dengan baik:
i. Menyenaraikan semua tugasan yang perlu diselesaikan
ii. Menyediakan checklist tindakan yang perlu diselesaikan mengikut masa
iii. Menggunakan kemudahan yang disediakan supaya segala aktiviti menjadi lebih cepat dan mudah
iv. Memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika melaksanakan tugasan tertetu pada satu-satu masa.
v. Menyenaraikan rancangan yang perlu dilakukan untuk hari-hari yang seterusnya
vi. Mencari maklumat yang sesuai untuk membantu dalam menyelesaikan tugasan 
vii. Menetapkan jangka masa tertentu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
viii. Mengurangkan masa untuk hiburan
ix. Memilih tugasan yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu
x. Membuat perancangan untuk aktiviti seharian

c) mengenali gaya pembelajaran kendiri
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.  Ianya perlu ditekankan dan diberi pendedahan kepada para pelajar melalui guru dan pensyarah. Megenali gaya pembelajaran kendiri boleh membantu pelajar belajar dengan kebih efisen dan berkesan.

Gaya pembelajaran yang telah dikemukan oleh para penyelidik ialah:

1. MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN
-Individu berbeza mempunyai gaya pembelajaran dominan yang berbeza mengikut kesesuaian berdasarkan persekitaran
-Dunn dan Dunn mendapati bahawa gaya pembelajaran dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:


Prinsip-prinsip bagi model gaya pembelajaran ini ialah:


-Dunn dan Dunn juga telah mengemukakan gaya pembelajaran dari segi persekitaran iaitu:


a) Cahaya
-beri kesan berbeza kepada pelajar
- ada pelajar perlukan persekitaran yang cerah untuk belajar
-ada juga yang suka cahaya yang tidak tertlalu cerah untuk belajar kerana silau dan tidak selesa
-ada juga pelajar yang tidak kisah mengenai kecerahan cahaya

b) bunyi
-ada pelajar yang suka mendengar audio ketika belajar (contoh: mendengar radio)
-ada yang suka keadaan yang sunyi sepi untuk menambah kosentrasi ketika belajar

c) Suhu
-ada pelajar yang tidak boeh fokus sekiranya terlalu panas atau terlalu sejuk
-ada pelajar yang lenih selesan dengan suasana nyaman, ada yang lebih suka tempat yang berhaba

d) Reka bentuk
-tempat pembelajaran yang sesuai untuk para pelajar adalah mengikut keinginan mereka
-ada yang suka tempat yang formal seperti kelas
-ada yang suka tempat yang mempunyai privasi seperti katil

Ransangan juga mempengaruhi gaya pembelajaran.
RANSANGAN EMOSIONAL
RANSANGAN SOSIOLOGI


RANSANGAN PERSEPSI


RANSANGAN PSIKOLOGI


2. MODEL GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD
-didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkan.
-4 jenis kumpulan individu telah diperkenalkan menurut gaya pembelajaran ini:

2. MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB
-gaya pembelajaran yang digunakan oleh murid dan dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu:
a. Imaginatif dan kreatif
-membuat pengamatan secara konkrit seterusya memprosesnya secara reflektif
-golongan ini suka mencari makna dan sebab mempelajari sesuatu maklumat
-sukakan aktiviti yang melibatkan interaksi bersama orang lain

b. Teori analisis
-golongan ini sukakan persoalan “apa dia?”
-suka mencari fakta untuk menjelaskan sesuatu konsep atau analisis

c. Praktik
-suka persoalan “bagaimakah maklumat ini berfungsi?”
-mereka tertarik untuk tahu kaedah dan cara sesuatu benda berfungsi serta menambah pengalaman menggunakan sesuatu
-gemar mencari maklumat dan belajar menguji teori untuk mengetahui kegunaannya

d. Intuitif dinamik
-suka persoalan “apa kegunaan baharu yang boleh dicipta?”
-suka mencari perkara baru yang masih belum diketahui untuk menambah ilmu serta suka
 berinteraksi dengan orang lain
-balajar melalui kaedah cuba jaya dan inkuiri


d) strategi meningkatkan ingatan
-mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria pendengaran dan deria penglihatan yang baik.
-satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan 
kejadian yang telah berlaku selepas sesuatu ketika.
-jenis ingatan manusia ada dua, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
Ingatan jangka pendek mempunyai dua tujuan utama, iaitu:
-mengekalkan maklumat dalam ingatan dalam jangka masa pendek
-membantu manusia memindahkan maklumat daripada ingatan jangka masa pendek kepada panjang

TEKNIK MENGINGAT
A. Mnemonik
Definisi: alat yang digunakan untuk mengingat sesuatu yang kita pelajari
Digunakan untuk mengingat no telefon, nama rakan, dan tarikh penting dalam sejarah.
Kaedah ini menetapkan gambaran di kepala. Maklumat diingat semula apabila diperlukan atau dipanggil semula.

Kaedah ini ada 3 jenis cabang iaitu pertama, mnemonik kata gantian.  kaedah ini sesuai untuk perkara abstrak yang susah diingat.  Caranya menukar maklumat kepada satu imej 
konkrit. contohnya:
Kaedah seterusnya ialah Mnemonik anekdot…teknik ini digunakan untuk mengingat maklumat yang panjang dalam bentuk cerita yang
 lucu.  Ingatan akan bertambah kukuh. Masalah kaedah ini ialah sekiranya kita lupa kata 
kuncinya, maka hilanglah ingatan tersebut. Contohnya:



Kaedah lain ialah mnemonik lokasi. Ia berdasarkan dua cantuman unsur iaitu tepat dan imej.
Kaedah terakhir ialah mnemonik rantaian.  Ia untuk mengingat senarai yang panjang.  Teknik ini menggunakan gambaran. Contohnya, melihat bas sebagai satu buku yang bergerak atau melihat burung membaca nota. Ia untuk mengingatkan pelajar tersebut tentang buku dan nota.

B. LOKUS

kaedah ini mengingatkan seseorang degan sesuatu tempat yang dikenalinya. Contohnya:


C. CHUNKING
Menggabungkan maklumat yang banyak sebagai satu kumpulan maklumat mengikut keseragaman tertentu.  Contohnya, menghafal 26 abjad rumi melalui rentak nyanyian yang berkumpualan.


e) perancangan jadual belajar
Terdapat beberapa jenis jadual yang boleh disediakan oleh pelajar bersesuaian mengikut tujuan dan tempat mereka pergi. Contohnya:
1. Jadual watu semester
Tujuan:
-mengetahui jenis aktiviti yang perlu dilaksanakan
-mengingatkan diri tentang tugasan ketika menjadi seorang pelajar
-persedian terhadap rancangan yang telah dibuat

2. jadual mingguan dan harian
Antara aktiviti yang boleh dimasukkan dalam jadual ialah:
-senarai subjek untuk peperiksaan
-aktiviti kokurikulum yang dijalankan
-aktiviti persendirian
-aktiviti ketika masa lapang
-aktiviti pada waktu malam
Tujuan merancang jadual mengikut aktiviti di atas ialah:
-membuat bacaan atau persediaan awal untuk hari berikutnya
-memahami pengajaran pada hari tersebut
-menyelesaikan tugasan
-menentukan masa untuk mengulangkaji

1. manfaatkan masa lapang
Antara masa yang dianggap seseorang itu berkelapangan ialah:
Perkara yang boleh dibuat semasa sela masa ini ialah:

-membaca nota ringkas
-berbincang tentang tugasan atau perkara imliah
-menyemak tugasan

Selain itu, terdapat beberapa cara yang dapat digunakan untuk menghadapi masalah pengurusan masa ketika melaksanakan jadual yang telah dibuat. Antara caranya ialah:
i. Berdoa dan memohon kepada Allah
ii. Elakkan suka bertangguh
iii. Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk sekiranya gagal
iv. Keazaman dan kesungguhan yang tinggi



No comments:

Post a Comment