Kini, kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar diamalkan di sekolah-sekolah dan institut pengajian. Maka, pelajar harus menguasai kemahiran ini untuk mencapai objektif pelajaran yang telah dirancang dengan jayanya.
Kemahiran perolehan terbahagi kepada 5, iaitu:
1. PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
Pelajar di IPT perlu bijak memilih bahan sumber dan alat pembelajaran supaya perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Sumber yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat ialah:
Sumber manusia- sumber rujukan kepada orang yang mempunyai kepakaran tertentu.
Mereka benar-benar arif tentang bidang yang mereka ceburi.
Contoh sumber manusia yang dapat digunakan dalam pembelajaran ialah:
- a) Ahli politik
-pemimpin membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan perpaduan rakyat
-mempunyai kemahiran berpidato
-ahli politik selalunya bijak mentafsir, memahami dan menangani isu berbangkit.
-mereka bersungguh dan mempunyai komitmen yang tinggi.
Contoh ahli politik:
i. Perdana Menteri
ii. Menteri Pendidikan
iii. Pemimpin masyarakat
b) pakar(pihak yang mahir)
-pelajar boleh merujuk kepada seseorang yang pakar dala sesuaitu bidang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu.
-contoh: Guru Besar, Doktor di hospital, Pakar Bahasa
-cara untuk mendapatkan maklumat daripada pakar:
I. Temu bual
II. Pemerhatian
III. Penulisan jurnal
IV. Pengumpulan dokumen yang berkaitan
c) penguatkuasa undang-undang\
-orang yang menguatkuasakan sesuatu peraturan dan dasar-dasar tertentu.
-mereka boleh maklumat tentang perlaksanaan, jenis hukuman, bentuk operasi dan sebagainya.
-antara pihak yang boleh dirujuk ialah: polis, penguam, tentera
d) orang awam dan orag yang terlibat
-segala isu yang timbu bleh disoal kepada orang yang terlibat
-contoh: AJK PIBG, saksi kejadian, ADUN kawasan
2. PENGURUSAN MAKLUMAT
Definisi maklumat: data, bahan dan pengetahuan, iaitu maklumat tersebut mestilah relevan, boleh dipercayai, dapat difahami dan membantu mengurangkan ketidakpastian.
Istilah: literasi maklumat merupakan keupayaan mencari atau menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat.
Definisi pengurusan maklumat: proses mengenal pasti, klasifikasi, pemeliharaan dan pemansuhan sesuatu maklumat.
Semua pelajar harus mahir kemahiran ini supaa maklumat mudah dicapai dan prang ramai boleh memahaminya.
Setiap maklumat haruslah menangkis sebarang kesalahan fakta menggunakan teknik-teknik yang berikut:
a) Membentuk sikap positif untuk mengurus maklumat
b) Melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
c) Mencari mentor atau pembimbing
d) Berkongsi pengetahuan
e) Menetapkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
Literasi maklumat ilah satu set kemahiran yang dipelajari di mana ia melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan maklumat seperti berikut:
Tiga komponen asas telah ditetapkan sebagai piawaian literasi maklumat untuk
mewujudkan pemelajaran berkesan, iaitu:
Langkah penting dalam pengurusan maklumat ialah:
a) membentuk sikap positif untuk belajar menguruskan maklumat
b) Menggunakan alatan
c) Menggunakan teknik
d) Menggunakan kaedah
e) Berkongsi maklumat
3. PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
-perpustakaan membantu tenaga pengajar dan pelajar dengan menyediakan pelbagai kemudahan agar mereka tidak kemngharapkan hanya pada kaedah tradisional untuk mencari
maklumat
maklumat
-perpustaaan juga tempat melatih serta membimbing pelajar dan guru tentang kemahiran
mencari dan mengaplikasikan maklumat secara sistematik.
mencari dan mengaplikasikan maklumat secara sistematik.
Terdapat pelbagai media di perpustakaan pada masa ini. Antara media yang dapat digunakan di perpustakaan dalam pencarian maklumat ialah:
a) Kad katalog
b) Indeks dan Bibliografi Naional Malaysia(keluaran PNM)
c) Indeks surat khabar
d) Abstrak
e) Rujukan, bibliografi dan indeks pada buku(untuk maklumat tambahan)
f) Katalog atas talian/ online public access catalog(OPAC)
4. PELAYARAN INTERNET
Pencarian maklumat melalui ICT kebiasaannya melaui dua cara, iaitu:
a) Online
b) Offline
Internet: jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan dihubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai organisasi.
Contoh enjin pencarian yang dapat digunakan untuk mencari maklumat ialah:
i. Yahoo
ii. Google
iii. Lycos
iv. Chubba
v. Fazzle
vi. Alta Vista
Fasiliti aplikasi internet sangat banyak sehingga mampu memberikan keperluan kepada
tentera, para pendidik, media massa, perniagaan, dan perdagangan. Antara fasiliti yang
boleh digunakan ialah:
I. E-mel: alat penghantar mesej atau surat paling cepat dan murah
II. Mailing List: wadah diskusi kepada pengguna yang mempunyai alamat e-mel.
III. File Transfer Protocol: memberi kemudahan kepada pengguna mencari dan mengambil
fail arkib di suatu server yang berhubung dengan internet
IV. News Group: melakukan komunikasi antara dua atau lebih secara serentak.
V. World Wide Web: koleksi terbesar tentang pelbagai dokumentasi (www….)
Cara mencari maklumat melalui internet ialah:
a. Pergi ke mana-mana pelayar internet
b. Taip enjin pencarian yang dikehendaki
c. Taip kata carian yang berkaitan dengan topik yang ingin di cari
d. Skrin akan memaparkan laman-laman yang berkaitan dengan rangkaian yang dicari
e. Klik halaman web yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai
dengan maklumat yang dicari atau tidak
f. Cuba carian lain sekiranya ia tidak menepati maklumat yang ingin dicari atau kurang
lengkap.
Kelebihan menggunakan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:
1. Pelajar dapat belajar secara kolaboratif antara satu sama lain
2. Dapat menampung pembelajaran jarak jauh
3. Proses pembelajran tidak terbatas oleh ruang dan waktu
4. Bahan pengajaran adalah mengikut ketentuan oleh pelajar
5. Waktu beajar bergantung kepada kemampuan masing-masing
6. Pencarian data adalah dalam skop yang besar
7. Pembelajaran berlaku secara interaktif
8. Dapat mengakses bahan pegajaran dan pembelajaran melalui internet
9. Meningkatkan penguasaan bahasa inggeris
10. Menambah keyakinan diri
11. Pelajar dapat mencari banyak meklumat melalui enjin pencarian
Kelemahan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
1. pelajar terdedah kepada bahan-bahan porno.
2. Sumber maklumat tidak meyakinkan.
3. Terdapat unsur plagiat yang sukar dikesan
4. Kemungkinan besar berlaku gangguan terhadap pelajar.
5. Fasiliti internet tidk mencukupi di kawasan luar bandar
6. Pembelajaran tidak berlaku secara bersemuka
7. Kurang kawalan daripada pengajar
8. Pelajar akan bersifat individualistik.
5. SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER
Sumber primer: suatu dokumen atau sumber maklumat lain yang diciptakan pada atau di
sekitar masa yang sedang dipelajari, sering kali oleh orang yang sedang dipelajari. Perkataan "primer" dalam hal ini bukan bermakna yang unggul, melainkan merujuk pada kenyataan bahawa sumber tersebut dibuat oleh pelaku utama. Sumber semacam ini dibezakan daripada sumber sekunder, yang merupakan karya sejarah, seperti buku atau artikel, yang dibuat berdasarkan sumber-sumber primer.
Sumber Sekunder: istilah yang digunakan dalam historiografi untuk merujuk pada karya
sejarah yang ditulis berdasarkan pada sumber-sumber primer dan biasanya dengan merujuk pula pada sumber-sumber sekunder lain. Hampir semua tulisan ilmiah yang diterbitkan sekarang adalah
sumber sekunder. Sumber sekunder yang sesuai biasanya mengandungi laporan peristiwa pada masa lampau berikut generalisasi, analisis, sintesis, tafsiran, dan atau penilaian terhadap peristiwa tersebut
Contoh sumber primer (yang diterbitkan):
a. Jurnal
b. Laporan penyelidikan
c. Prosiding
(yang tidak diterbitkan):
a. Fail syarikat
b. Temu ramah
c. Lukisan
Contoh sumber sekunder:
a. buku teks
b. Buku panduan
c. Ulasan
d. Terbitan berkala
No comments:
Post a Comment