Friday, September 30, 2016

BAB 10: PENYESUAIAN SOSIAL

1. KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. 
Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

2. KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti.  Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut.Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

3. PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PE,MBELAJARAN

KOMUNITI PEMBELAJARAN =Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain

 Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya

4. ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul.

Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog.

kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

5. ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik

.2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.

3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.

4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal

.5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.

7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan


BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Pentaksiran terbahagi kepada 3, iaitu:

A.Penilaian
-satu proses yang sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objek tif yang telah ditetapkan telah tercapai.
-terdapat dua jenis penilaian, iaitu:

B. Pengujian
-suatu prsedur yang sistematik untuk menilai tingkah laku pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor.
-contoh: soalan objektif dalam peperiksaan

C. Pengukuran
-satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan dengan pencapaian pelajar.
-contoh: pemarkahan secara peratus.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
1.SISTEM PENGGREDAN
2.PENGIRAAN PURATA MATA GRED(PMG) DAN PURATA MATA GRED TERKUMPUL(PMGT)


PMG= jumlah nilai mata kredit yang didaftarkan dalam penilaian satu semester/ jumlah unit kredit yang diperoleh dalam semester yang sama

PMGT= jumlah nilai kredit yang didaftarkan dalam semua semester/ jumlah unit kredit yang diperoleh dalam semua semester

PENTAKSIRAN DI IPG
a)PEPERIKSAAN
-dijalankan di akhir setiap semester

b) Kerja kursus
Ciri-ciri yang merangkuminya ialah:
-skop kandungan dan hasil pembelajaran
-bantu meningkatkan proses pembelajaran pelajar sesuai dengan kebolehan
-penilaian bersifat autentik
-tugasan kerja bersifat terbuka, mencabar dan KBAT
-amalan refleksi dipentingkan
-tingkat daya kreativiti dan inovasi
-tingkat tahap kesedaran

Jenis kerja kursus:
i.PROJEK
CONTOH:
-penghasilan produk
-kajian/laporan
-ujian kertas dan pensel
-penulisan
-kerja amali
-persembahan
-penganjuran

ii.UJIAN AMALI -berasaskan kemahiran
iii.UJIAN AKHIR

c) penilaian praktikum
-penerapan klinikal sebelum bergelar guru
-satu proses yang penyeliaan yang merangkumi pemerhatian, pemerhatian secara langsung, pengumpulan data dan analisis

d) penilaian bina insan guru(BIG)
-penilaian ke atas seseorang individu
-perkara yang diselia ialah:
1.Laporan program
2.Portfolio
3.Rakaman audio/video
4.Sahsiah

e) penilaian gerak kerja kokurikulum
-melibatkan pasukan unit uniform

PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
*Para pelajar perlu menyediakan dir dengan membuat nota, mengulang kaji, memahami, menghafal nota untuk semua jenis pentaksiran

1)TUGASAN INDIVIDU DAN BERKUMPULAN
-ia diambil kira semasa melaksanakan kerja kursus

2)INTERGRITI PELAJAR
-sikap pelajar dalam menyelesaikan tugasan

Tuesday, September 27, 2016

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

CIRI-CIRI:
a)Meletakkan bahan kursus di atas talian
-kebanyakan LMS menyediakan banyak butang yang telah diprogramkan
-mengesan kemajuan pelajar
-membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz atas talian

b)Papan diskusi
-tenaga oengajar dan pelajar boleh berbincang melaluinya

c)Alat komunikasi lain


CIRI-CIRI UMUM LAIN
i.Memusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran
ii.Menyampaikan isi pengajaran dengan cepat
iii.Menggabung kaedah latihan pada web yang berskala
iv.Mudah aloh sokong dan standard
v.Meningkatkan perjumpaan kelas tidak berjadual

KEGUNAAN
-Memudahkan e-pembelajaran
-menyediakan satu portal untuk pembelajaran
-meningktkan pematuhan kepada keperluan kawal selia
-memblehkan pelajar dan pengajar berbincang

KEPENTINGAN

  • dapat menjalankan tugas mereka dengan cekap
  • meningkat semangat belajar
  • maklumat pendidikan terdedah
  • ,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
  •  Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
  • ·Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

PERISIAN UTILITI
-berperanan bagi menyokong, mempertingkat keupayaan serta menyelenggara perisian

Contoh perisian utiliti
a)Pengurusan ingatan

b)Antivirus

c)Penyusunan cakera
-disk difragment menggunakan windows 8
-disk difragment menggunakan windows 7

d)pembersih cakera

e)Pengimbas cakera

f)Pemampatan cakera

g)Peralatan sistem rangkaian komputer
-fail server
-stesen kerja
-network interface cards
-hub
-pengulang
-jambatan
-router

h)Teknologi maklumat tanpa wayar
-rangkaian 3G
-wifi
-wimax


PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN

-program yang direka untuk memudahkan dan membantu pengguna melakukan tugasan harian seperti menaip.

Perisian komputer dikelaskan kepada beberapa kategori, iaitu:

i.Pemprosesan perkataan.
contoh: textmaker, word2003

ii.Hamparan elektronik
Contoh: microsof excel, lotus1.2.3

iii.Persembahan elektronik
Contoh: harvard graphics, microsoft Office powerpoint

iv.Pangkalan data
-data (Dbase, File Maker Pro)
-grafik dan ilustrasi (Adobe Photoshop)
-pengarangan multimedia (Toolbook)
-persembahan multimedia (movie maker, Adobe Persuasion)
-bahasa pengaturcaraan (Turbo C, Visual Basic)
-telekomunikasi (Eudora, skype)
-permainan (dota, Doom)
-pendidikan (math at work, magic school bus)

PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

-dikenali sebagai slide
Cara-caranya:

1.Membina persembahan
Klik fail>new>blank presentation>create

2.Memasukkan slide baru

3.Memilih background
Klik design>pilih theme

4.Memasukkan teks

5.Memasukkan grafik

6.Custom animation
Klik animation>pilih

7.Menyampaikan persembahan
-from beginning
-from current slide
-broadcast slide show
-custom slide show

8.package for cd
klik file>save and send> package prsentation for cd>package for cd

PERISIAN PANGKALAN DATA
-menyimpan data secara elektronik ke dalam komputer

ciri-ciri asanya ialah:

  • jadual dapat dibentuk
  • dapat menyimpan data dalam jadual
  • membolehkan pengguna mencapai kembali apa yang telah disimpan
mengapa ianya digemari ramai?
  • dapat membuang data menerusi cara yang berhemat
  • menyenaraikan data mengikut kehendak pengguna
  • dapat dikemas kini dengan mudah
  • dapat dikongsi secara pantas
      1. microsoft Acess
      2. struktur dan rekaannya:
      • table
      • query
      • form
      • report
      • pages
      • macro
      • module
      • relationship
      • penggunaannya dalam pendidikan
BLOG
-Laman web yang ditulis menurut urutan dan kronologi yang dipaparkan dalam tertib terbalik

manfaat blog:
  • sumber informasi
  • media pembelajaran
  • paltform mengembangkan bakat dan minat
  • alat promosi institusi
  • latihan pengurusan bilik darjah
  • pupuk kerjasama
  • galakkan perbincangan
  • pemantauan terhadap portfolio pelajar

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan kupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mantafsir bahan yang dibaca dan didengari.

-Tujuan : bahan berkenaan dapat digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.

Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul
Terdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis:

1. maklumat berbentuk kuantitatif
-berbentuk nombor yang dapat dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah iaitu
(a)jadual
(b)graf - graf lengkung, bar, pai, piktograf

2. maklumat berbentuk kualitatif
-berbentuk teks, lakaran, rajah, foto

Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan
i. Mentafsir Maklumat
- 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
-Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
-Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

ii. Membuat Kesimpulan
-Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
-Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut 
kiraan yang telah dilakukan.

-Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana 
tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.

Menilai Maklumat
-2 perkara penting menilai maklumat iaitu :

1. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
-Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan.
2. menilai maklumat dalam penulisan.
-Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.


Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis
-Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca
 mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
-Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang
 berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
-Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.

Sunday, September 25, 2016

BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

MENGETAHUI IDEA UTAMA
-mengenal pasti maklumat yang sesuai ditulis
-menggunakan cara yang sesuai
Contoh: outline note, column note
-menggunakan perkataan sendiri
-mencatatkan sumber maklumat yang diperoleh

CARA-CARA MEMBUAT NOTA
a) Annotation: catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas 
-sesuai digunakan untuk bahan bercetak. Ada juga yang dihasilkan secara menggunkan pelekat atau tandaan pada bahan

b) Outline Note: menggunakan frasa atau kata kunci
-ia juga menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.
-contoh adalah seperti yang berikut:

c) Column Note: cara mengambil note menggunakan format lajur.



d) Nota Rumusan: nota sebegini mempunyai semua maklumat yang telah diringkasan  
selalunya ianya menyenaraikan idea pokok dalam sesuatu bahan. Contoh adalah sepeti 
berikut:

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir

Apa itu peta minda ?
a. Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
b. Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
c. Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat,  merekod maklumat dan membuat suatu persembahan


  CONTOH PETA MINDA


FISHBONE DIAGRAM

PETA MINDA BERBENTUK CABANG

PETA MINDA BERBENTUK KITARAN

PETA MINDA BERBENTUK CARTA ALIR

PETA MINDA BERBENTUK POKOK

Garis panduan membina peta minda:

1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau 
      penerangan tentang tajuk 
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
a) Mengenal pasti perkara yang diketahui pelajar
b) Melibatkan pelajar dala pelajaran
c) Memotivasikan pelajar
d) Memfokuskan kepada sesuatu
e) Mengenal pasti kelemahan
f) Menggalakkan pemikiran
g) Menggalakkan perbincangan

CONTOH KAEDAH SOALAN ARAS TINGGI
-kaedah sokratik
-soalan bertumpu dan mencapah
-lingkaran soalan

jenis-jenis alat CoRT
ALAT CORT 1
KOMPONENNYA IALAH:

01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.
02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?
03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.
04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)
Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?
05. FIP (First important prioriti)
Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?
06. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)
Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.
Kaedah & Langkah :
Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.
07. OPV (Other People’s Views)
Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh Tajuk Perbincangan
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.

ALAT CORT 4
KOMPONENNYA IALAH:
 INPUT RAWAK
=
UNTUK MEMBAWA DALAM SESUATU RAWAK DENGAN KEADAAN untuk mencetuskan idea-idea baru

CABARAN CONCEPT
=
MENCARI DI IDEAS DITERIMA DAN MENCABAR MEREKA

IDEA DOMINAN
=
Mengiktiraf IDEAS MAIN
KOMBINASI

=
LETAK BERSAMA PERKARA UNTUK MEWUJUDKAN SESUATU YANG MEMPUNYAI NILAI LEBIH

KEPERLUAN
=
DIPERTIMBANGKAN KEPERLUAN PADA AWAL THE

penilaian rakan sebaya
=
PENILAIAN ORANG SEKELILING