REFLEKSI
NAMA: NOR ISMA EZZATY BINTI ISMAIL
KELAS: PPISMP C5
NO KAD PENGENALAN: 980702086790
Bismillah dan assalamualaikum. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyelesaikan kerja kurusus saya untuk kursus Kemahiran Belajar. Saya sangat bersyukur kerana saya berpeluang untuk mengikuti kursus ini selama satu semester. Ucapan terima kasih saya dedikasikan kepada Encik Abraham Joseph Michael kerana telah banyak membimbing saya dan rakan-rakan saya selama proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Banyak manfaat yang telah saya dapat sepanjang mengikuti kursus ini. Sejujurnya, saya telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan untuk menjadi seorang pelajar yang profesional serta bijak menguruskan pelbagai perkara. Saya juga telah bijak menguruskan masa saya hasil pembelajaran tentang pengurusan kehidupan pelajar. Saya berjaya membahagikan masa dengan baik memandangkan saya mempunyai pelbagai komitmen selain daripada belajar.
Melalui kursus ini juga, saya telah mempelajari banyak maklumat tentang teknologi moden. Seperti yang kita tahu, para guru harus menguasasi cara pembelajaran abad ke 21 supaya tidak ketinggalan dan proses pengajaran menjadi lebih kondusif dan baik. Saya juga mampu membuat slide pembentangan yang lebih cantik dan menarik hasil pembelajaran daripada beberapa topik dalam kursus ini.
Selain itu, saya juga sudah tahu membuat nota yang menarik dan mudah. Daripada nota yang panjang, saya boleh menguruskannya dalam bentuk peta minda yang canti dan menarik serta mudah untuk dibaca. Melalui nota-nota ringkas, saya lebih mudah faham dan ingat setiap perkara dalam pembelajaran. Saya juga berusaha menguasai kemahiran mengingat melalui kursus ini demi kesenangan diri saya untuk masa akan datang.
Konklusinya, banyak maklumat dan kemahiran yang telah saya pelajari melalui kursus ini. Saya akui bahawa kursus ini sangat membantu saya untuk kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan masa, kursus ini telah membantu saya menghadapinya dengan cara yang terbaik.
No comments:
Post a Comment